AirAsia Santan promo Ramadan & Raya Special Combo AirAsia Santan promo Ramadan & Raya Special Combo

Iftar di langit? Cuba promo AirAsia Santan Ramadan & Raya Special

Bersempena dengan Ramadan 2025, AirAsia Santan menjalankan promo Ramadan & Raya Special Combo untuk yang ingin beriftar sewaktu dalam penerbangan. Ada empat hidangan utama boleh dipilih semuanya bawakan rasa klasik hidangan Malaysia. Perlu diingatkan yang ia hanya ada sewaktu pre-booking, dan tiada dijual secara langsung di atas sana.

AirAsia Santan promo Ramadan & Raya Special Combo

AirAsia Santan di paras 30,000 kaki

Untuk waktu terhad, menu ini boleh dipratempah secara kombo yang mengandungi hidangan utama iaitu:

  • Nasi tomato dengan ayam percik – RM20.90
  • Nasi lemak klasik Pak Nasser – RM20.90
  • Bukhara Biryani – RM20.90
  • Nasi lemak klasik Pak Nasser (Jumbo) – RM24.90
AirAsia Santan promo Ramadan & Raya Special Combo

Setiap kombo ini didatangkan bersama-sama:

  • kuih tradisional sama ada Tepung Pelita ataupun Kuih Talam
  • kuih karipap
  • pilihan air sama ada air kelapa, tek tarik kaw-kaw, jasmine green tea, artisanal
  • chocolate, ataupun ceylon tea

Diingatkan kembali, untuk nikmati promo Ramadan ini, penumpang perlu lakukan tempahan awal menerusi AirAsia Move sebelum tarikh penerbangan. Ia bagi memastikan makanan itu ada dan anda tidak perlu berlapar bila waktu berbuka puasa tiba.

Sumber: Santan