Anak-anak mesti dapat banyak duit raya tahun ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tambah lagi duit raya yang ditawarkan Tabung Haji (TH) menerusi kempen Wow, Banyaknya Duit Raya! TH akan bagi RM20 tunai kepada 2,000 pendeposit muda, setiap minggu, antara 7 April hingga 30 Mei 2025.

Siapa yang boleh sertai “WOW, Banyaknya Duit Raya!”?
Kempen ini terbuka untuk pemegang akaun berumur 17 tahun ke bawah. Syaratnya adalah deposit sekurang-kurangnya RM500 ke dalam akaun TH sekali sepanjang tempoh kempen. Deposit boleh dibuat melalui mana-mana saluran berikut:
- FPX (deposit dalam talian)
- Direct Debit
- Deposit di kaunter TH
Pastikan maklumat peribadi pemegang akaun dikemas kini untuk mudahkan perhubungan sekiranya terpilih untuk menerima duit raya. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan surat fizikal. Pengumuman juga akan dibuat di saluran rasmi media sosial TH.
RM40,000 tunai setiap minggu
Setiap minggu selama 8 minggu, TH akan berikan RM20 kepada 250 pendeposit pertama yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Berikut adalah jadual mingguan untuk rujukan.

Dalam era digital ekonomi masa ini, baguslah TH menyokong ke arah amalan celik kewangan dan bantu untuk pupuk amalan menabung sejak daripada muda. Dengan RM500 sahaja, simpanan si cilik boleh diperkaya dan RM20 bantuan TH akan menambah lagi simpanannya walaupun tak signifikan.
Cari TH Gerak untuk buka akaun
Buat yang masih belum ada akaun TH, pihak tabung haji kerap adakan reruai kembara TH Gerak. Untuk ketahui jadualnya, anda kena ikuti saluran sosial TH secara aktif. Contohnya, pada 8 April 2025, mereka berada di SK Seri Merlong, Kg. Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat dan Masjid Darul Syuhada, Kg. Seniawan, Serian.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti:
- Pembukaan akaun Baru
- Daftar THIJARI
- Daftar TH Khairat
- Kemas kini Maklumat Peribadi
- Simpanan Tunai
Layari laman rasmi kempen WOW, Banyaknya Duit Raya untuk maklumat lanjut.