19 muzium ini masuk percuma pada 18 Mei 2025

Apa anda buat hari minggu ini? Kalau kalendar masih kosong, apa kata anda isi dengan aktiviti ini. Pada 18 Mei 2025, 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia tawarkan promo masuk percuma bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa. Tema tahun ini adalah “The Future of Museums in Rapidly Changing Communities”

Sama anda anda peminat barang purba, kereta, tekstil, arkeologi, seni bina, ataupun subjek maritim, ada muzium untuk anda.

Senarai muzium yang anda boleh lawati percuma

Muzium yang disenaraikan berikut telah disusun mengikut negeri dan dua daripada muzium telah dikeluarkan daripada senarai kerana tidak dibuka disebabkan sedang diselenggara.

Kuala Lumpur

  • Muzium Negara
  • Muzium Etnologi Dunia Melayu
  • Muzium Seni Kraf Orang Asli
  • Muzium Tekstil Negara
  • Muzium Muzik Kuala Lumpur

Selangor

  • Muzium Automobil Nasional, Sepang

Labuan

  • Muzium Labuan
  • Muzium Marin Labuan
  • Muzium Chimney

Kedah

  • Muzium Arkeologi Lembah Bujang (Merbok)
  • Muzium Kota Kuala Kedah

Perlis

  • Muzium Kota Kayang

Perak

  • Muzium Perak (Taiping)
  • Muzium Matang

Pahang

  • Muzium Sungai Lembing

Negeri Sembilan

  • Muzium Lukut
  • Muzium Adat

Melaka

  • Muzium Seni Bina Malaysia

Johor

  • Muzium Kota Johor Lama

Kenapa anda perlu ambil peluang lawati muzium?

  • Tiada sebarang bayaran masuk diambil, ia percuma!
  • Belajar sesuatu perkara baru tentang budaya Malaysia.
  • Boleh ambil gambar di tempat-tempat menarik.
  • Aktiviti yang mesra keluarga dan boleh dinikmati semua lapisan masyarakat.

Sumber: Jabatan Muzium Malaysia

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan