Kursus Asas Haji 2025: Nota PDF dan audio MP3 minggu 4

Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.

Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim

Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.

Minggu 4: Wajib Haji

Pengenalan Wajib Haji

Pengertian Wajib Haji

  • Wajib Haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji
  • Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya, Haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan Dam menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

Wajib Haji

  • Niat di Miqat
  • Larangan Ihram
  • Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
  • Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
  • Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, dan 13 Zulhijjah
  • Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

Amalan Sunat Sebelum Niat Ihram

  • Mengerat kuku
  • Merapikan, misai, dan rambut
  • Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, dan sebagainya
  • Mandi sunat ihram
  • Mengambil wuduk
  • Memakai wangian pada badan
  • Memakai minyak rambut
  • Memakai kain ihram berwarna putih
  • Solat sunat ihram

Amalan Sunat Semasa Niat Ihram

  • Menghadap ke arah kiblat
  • Berada dalam keadaan wuduk

Amalan Sunat Selepas Niat Ihram

  • Bertalbiah, berdoa, bacaan Al-Quran, zikir
  • Elak berbual kosong

πŸ“ PTPX
πŸ”Š MP3

Wajib Haji 1: Niat Ihram Miqat

Pengertian Miqat

  • Ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram

Bahagian Miqat

  • Zamani (Sempadan masa)
    • 1 Syawal hingga seketika sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah
    • Tidak sah Ihram Haji jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan jadilah Ihram Umrah.
  • Makani (Sempadan Tempat)
    • Jika berniat ihram setelah melintasi Miqat – dikenakan dam tertib & takdir
  • Miqat Makani (Luar Mekah)
    • Bir Ali
    • Zartun Iraqi
    • Qarnul Manazil
    • Yalamlam
    • Al-Juhfah
  • Miqat Makani (Dalam Mekah)
    • Hudaibiyyah
    • Tana’im
    • Ji’ranah
    • Arafah
    • Adhaat Libin

Bagi jemaah haji yang sudah berada di Makkah, Miqat Makani dilakukan di hotel-hotel dan maktab-maktab di Tanah Haram.

Bagi jemaah haji boleh bermiqat di mana-mana kawasan di Tanah Haram.

Haji Tamatu’ / Haji Qiran – Dikena Dam Tertib & Taqdir

πŸ“ PTPX
πŸ”Š MP3

Wajib Haji 2: Larangan Ihram

Larangan Ihram adalah perkara dan perbuatan yang dilarang dilakuka selama dalam keadaan berihdram dari mula berniat ihram sehingga Tahallul. Seandainya dilakukan oleh orang yang sudah berniat Ihram haji atau umrah, maka haji dan umrahnya tetap sah tetapi pelakunya dikenakan dam yang telah ditetapkan.

13 Larangan Ihram

  • Larangan Ihram jenis Taraffuh
  • Larangan Ihram jenis Itlaf

Dam

  • Pengertian Dam
  • Jenis Dam
    • Dam Tertib dan Taqdir
    • Dam Takhyir dan Taqdir
    • Dam Ihsar

πŸ“ PTPX
πŸ”Š MP3

Wajib Haji 3: Bermalam di Muzdalifah

Pengertian Mabit di Muzdalifah adalah berada di bumi Muzdalifah walaupun seketika di antara separuh malam 10 Zulhijjah dan sebelum terbit fajar hari tersebut. Terdapat juga pengecualian daripada mabit sekiranya uzur.

πŸ“ PTPX
πŸ”Š MP3

Wajib Haji 4: Melontar Jamrah Kubra

Wajib Haji keempat adalah melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina. Tempoh melontar adalah selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehngga sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah. Waktu Afdhal untuk melontar adalah pada waktu dhuha 10 Zulhijjah. Sebanyak 7 biji batu untuk setiap Jamrah. Selepas melontar, jemaah akan menjalani proses tahallul awal.

πŸ“ PTPX
πŸ”Š MP3

Wajib Haji 5: Bermalam di Mina

Mabit di Mina bermakna berada di bumi Mina pada malam Hari Tasyrik dalam tempoh lebih separuh waktu malam iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Terdapat pengecualian mabit jika uzur.

πŸ“ PTPX
πŸ”Š MP3

Wajib Haji 6: Melontar Ketiga-tiga Jamrah

Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, & 13 Zulhijjah. Syarat-syarat melontar Jamrah:

  • Melontar satu per satu
  • Masuk waktu melontar dan tertib jamrah
  • Yakin batu lontaran masuki Jamrah
  • Melontar dengna batu-batu atau jenisnya
  • Tujuan tidak terpesong selain melontar
  • Hendaklah melontar dengan tangan
  • CUkup Tujuh (7) biji dengan yakin
  • Melontar dengan gaya melontar.

πŸ“ PTPX
πŸ”Š MP3

Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.