Kepala vakum ini adalah universal dan boleh digunakan di sebarang penyedut hampagas. Dalamnya ada turbin yang digerakkan oleh angin sedutan vakum untuk gerakkan roller yang ada berus. Sangat sesuai untuk menyedut kutu ataupun debu karpet rumah ataupun di dalam kereta.
Di kedai dalam talian, namanya Universal Dust Mite Brush. Ia adalah aksesori kepala vakum yang boleh tukarkan apa sahaja vakum jadi penyedut kutu dan hama. Ia juga cemerlang untuk umpil keluar kotoran degil di atas karpet seperti rambut yang tersimpul.
Bila dilihat daripada dekat, aksesori ini dram berus yang ditambat pada bilah turbin. Turbin ini berputar hasil daripada angin yang disedut masuk penyedut hampa gas. Turbin berputar dan seterusnya memutarkan dram berus. Apabila diguna, anda boleh lihat gear pada turbin menghantar tenaga pada gear di dram berus melalui tali sawat.
Anda boleh lihatnya dengan jelas sebab kesemua komponen diletakkan dalam bekas lutsinar. Menariknya, bekas ini boleh dibuka bila anda perlu bersihkan komponen-komponen tersebut.
Oleh sebab gear di turbin lebih kecil, ia jana tork yang rendah tapi pada dram berus, ia jana RPM yang tinggi. Walau bagaimanapun, kekuatan putarannya sangat bergantung kepada kuasa mesin kerana ia bergerak secara pasif. Lebih berkuasa mesin vakum, lebih pantaslah putaran dram berus.
Satu kegusaran saya adalah ketahanannya. Komponen mekanikal tentu ada jangka hayatnya kerana ia sentiasa bergesal. Tali sawatnya mungkin akan terputus kalau digunakan terlalu lama kerana panas. Untuk kurangkan geseran dan penghasilan haba, saya sapu sedikit gris untuk lincirkan operasi.
Selepas beberapa minit guna, saya boleh nampak habuk banyak terkumpul dalam aksesori yang menunjukkan ia memang berfungsi. Saya suka yang dram berus ini jadikan karpet kembali gebu.
Satu lagi kekurangan aksesori ini adalah kedudukannya yang tetap, tak bebas berputar untuk disuaikan dengan sudut sedut. Jadi, anda tak boleh guna batang pemanjang vakum untuk gunanya secara berdiri.
Kalau reviu ini menarik minat anda, kepala penyedut ini dijual dalam versi 32mm dan 35mm bergantung kepada diameter corong vakum.
Link pembelian di bawah.
Beli di Lazada https://invol.co/cletlxp
Beli di Shopee https://invle.co/cletlx1
