Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diumum kana mula beroperasi 12 Disember 2026 ini. Walau bagaimanapun terdapat kegusaran dalam kalangan pengguna terhadap stesen ECRL Gombak. Setakat ini, tiada laluan pejalan kaki yang khas disediakan menghubungkan stesen tersebut dengan Terminal Bersepadu Gombak (TBG). Malaysia Rail Link (MRL) berkata, kemudahan itu akan siap sebelum Mac 2027.
TBG hub pengangkutan penting Lembah Klang
TBG adalah hub pengangkutan penting yang hubungkan Lembah Klang dengan pantai timur.
Sebelum ECRL ada, warga kota ambil bas di TBG untuk pergi ke destinasi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tapi selepas ini, ECRL juga akan kendalikan trafik antara pantai timur dan satu sambungan yang cekap perlu ada untuk bolehkan pengguna bertukar mod pengangkutan dengan mudah.
ECRL laluan sementara dan bas perantara
Solusi sementara akan disediakan MRL. Operator tren memaklumkan yang kemudahan sambungan antara ECRL dengan TBG memang sebahagian daripada perancangan kerana laluan pejalan kaki berbumbung sedang dalam pembinaan dengan Mac 2027 sebagai jangkaan siap.
Sebelum kemudahan itu siap, MRL akan sediakan laluan sementara dan tetap akan mengutamakan keselamatan dan keselesaan khususnya buat penumpang yang membawa beg. MRL juga sedang berbincang dengan Prasarana kalau-kalau mereka boleh sediakan bas perantara.
Maka, untuk kira-kira 3 bulan, pengguna perlu suaikan diri dengan penyelesaian sementara MRL, itupun kalau laluan pejalan kaki berjaya disiapkan mengikut jadual.
Sumber: Bernama
