Kalau anda sedang pertimbangkan pelan broadband fiber terbaik untuk kediaman, anda berada di tempat yang betul. Benar, setiap penyedia pekhidmatan Internet (ISP) dakwa pelan mereka yang terbaik, tapi semuanya bergantung pada keperluan dan bajet anda pengguna juga. Dalam artikel tips kali ini anda akan tahu pelan mana sesuai untuk anda. Di Malaysia, beberapa ISP yang tawar pelan jalur lebar adalah seperti CelcomDigi, Maxis, Time, Unifi, dan U Mobile dan berikut adalah ringkasannya.
Kelajuan | CelcomDigi Fibre | Maxis Fibre | TIME Internet | U Mobile Home Fibre | Unifi Home Fibre |
---|---|---|---|---|---|
100Mbps | RM89 | RM99 | – | RM79 | RM89 |
200Mbps | – | – | RM99 | – | – |
300Mbps | RM129 | RM139 | – | RM119 | RM129 |
500Mbps | RM149 | RM159 | – | RM139 | RM149 |
600Mbps | – | – | RM99 (6 bulan pertama) RM139 selepasnya |
– | – |
1Gbps | RM239 | RM249 | RM199 | RM269 | RM249 |
2Gbps | RM309 | RM319 | RM379 | – | RM319 |
U Mobile RM100Mbps termurah
Di bahagian paling murah dan terbawah, U Mobile tawarkan 100Mbps pada harga paling murah RM79/bulan. Pelan ini sesuai untuk isi rumah kecil yang penggunaannya ringan seperti melayari internet, penstriman HD, ataupun lakukan kerja dari rumah (WFH). Unifi dan CelcomDigi tawarkan kelajuan serupa pada harga RM89 sementara Maxis pada RM99.
Tapi jangan dilupa, pada harga RM99 pengguna boleh dapatkan pelan 200Mbps daripada Time Internet yang dirasa lebih bebaloi untuk beza harga RM10 tapi beroleh kelajuan sekali ganda lebih pantas.
Broadband 300Mbps – 500Mbps sengit antara ISP
Andai perlukan sesuatu yang lebih pantas, U Mobile tawarkan 300Mbps dan 500Mbps pada harga paling murah juga. Anda boleh langgan pada harga masing-masing RM119 dan RM139. Tapi tidaklah terlalu besar berbezaannya berbanding Unifi, CelcomDigi, dan Maxis kerana beza sehingga RM20 sahaja. Kelajuan sebegini sesuai untuk keluarga ataupun isi rumah yang ramai dengan ada kalangan mereka lakukan tugasan berat macam main game ataupun strim kandungan pada resolusi 4K UHD.
Pengguna yang ingin lakukan future-proof pada setup Internet mereka, ada beberapa pilihan pelan berkelajuan lebih daripada 500Mbps malah boleh pergi sehingga 2Gbps. TIME internet contohnya ada pelan 600Mbps pada harga RM99/bulan untuk 6 bulan pertama dan RM139/bulan selepas itu. Penawaran yang sangat menarik apabila pesaingnya tawarkan 500Mbps pada harga antara RM149 hingga RM169.
Future proof boleh pergi sehingga 2Gbps
Time juga unggul menawarkan pelan 1Gbps pada harga RM199/bulan iaitu termurah dalam kalangan pelan gigabit lain. Pesaing paling rapat adalah CelcomDigi RM239, Unifi dan Maxis masing-masing RM249 dan U Mobile adalah paling mahal iaitu RM269. Pelan Internet paling laju boleh anda dapatkan di Malaysia buat masa ini adalah 2Gbps. CelcomDigi tawarkan pada harga RM309/bulan diikuti Maxis RM319 dan yang paling premium adalah TIME pada harga RM379.
Untuk kebanyakan pengguna di Malaysia, pilihan jalur lebar terbaik adalah bergantung kepada dua perkara penting iaitu:
- cakupan jalur lebar
- bajet bulanan
Broadband paling berbaloi mengikut kategori
Kediaman yang ada cakupan Time biasanya mereka boleh dapatkan pelan dengan harga/kelajuan yang lebih berbaloi. U Mobile pula tawarkan pelan antara yang paling mampu milik untuk permulaan. Sebagai kesimpulan:
- Terbaik untuk bajet terhad: U Mobile 100Mbps (RM79/bulan)
- Terbaik untuk isi rumah separa besar: Time 200Mbps (RM99/bulan)
- Terbaik untuk kelajuan tinggi: Time 600Mbps (RM139/bulan)
- Terbaik untuk future-proof: CelcomDigi 2Gbps (RM309/bulan)