Panduan Laptop 2026: Tatacara pilih DDR5 atau LPDDR5 Panduan Laptop 2026: Tatacara pilih DDR5 atau LPDDR5

Panduan Laptop 2026: Tatacara pilih DDR5 atau LPDDR5

Selepas CPU, komponen kedua terpenting untuk dipertimbang bila cari laptop adalah RAM. Ia biasa terbahagi kepada dua jenis sama ada DDR5 ataupun LPDDR5. Kedua-duanya adalah teknologi terbaharu dalam pasaran tapi memenuhi keperluan yang berbeza. Baca tips ini sampai habis untuk tahu sama ada perlu pilih DDR5 ataupun LPDDR5.

LPDDR5 dibina untuk cekap tenaga

LPDDR5 adalah kependekkan kepada Low Power Double Data Rate 5. Seperti namanya, ia adalah jenis RAM yang digunakan dalam banyak gajet kompak seperti telefon, tablet, dan ultrabook. Ciri penting RAM jenis ini adalah penggunaan tenaga yang sangat rendah tapi masih boleh jalankan tugasan berat seperti gaming ataupun menonton video 4K.

Modul DDR5 dislot masuk ke tempat khas atas papan induk

Teknologi ini diperkenalkan dalam tahun 2019 untuk gantikan LPDDR4. Pembabaharuan yang ia bawa adalah kadar pindah data sekali ganda lebih pantas (sehingga 6,400Mbps) dan kapasiti RAM diperluas sehingga 32GB. Voltan operasi maksimum juga lebih rendah (1.05V) lantas terjemahkan kepada hayat bateri lebih panjang.

Sebab itu produk seperti Samsung Galaxy S24 Ultra dan siri laptop Macbook Air boleh tawarkan hayat bateri lebih panjang tahun demi tahun.

DDR5 untuk prestasi dan potensi naik taraf

Ketiadaan frasa Low Power pada DDR5 bermakna modul ini tidaklah dibina khusus untuk cekap tenaga. Ia boleh beroperasi pada voltan lebih tinggi aiaitu 1.1V sementara kelajuan operasi boleh cecah sehingga 8,400Mbps. Satu modul DDR5 boleh ada kapasiti sehingga 64GB yang bermakna sistem komputer yang guna DDR5 boleh ada kapasiti keseluruhan RAM jauh lebih tinggi berbanding LPDDR5.

Modul LPDDR5 dipateri terus atas papan induk

Satu lagi kelebihan DDR5 adalah ia tidak dipateri atas papan induk sebaliknya diikat melalui slot khas, tak seperti LPDDR5 yang perli dipateri terus.

LPDDR5 vs. DDR5: Nak pilih yang mana?

Laptop yang ada DDR5 menang dalam kategori prestasi kerana ada kapasiti besar, kelajuan tinggi, dan potensi naik taraf pada masa depan bila anda dah ada bajet. LPDDR5 pula berikan hayat bateri laptop yang lebih panjang. Berikut adalah perbandingan secara ringkas.

Perkara DDR5 LPDDR5
Kelajuan maksimum Sehingga 8400 Mbps Sehingga 6400 Mbps
Kapasiti maksimum module 64GB 32GB
Voltan 1.1V 1.05V / 0.9V
Naik taraf Boleh (tukar module) No (Modul dipateri)
Kegunaan PC, laptop gaming, server Telefon, tablet, ultrabook

Sekiranya anda inginkan sebuah laptop yang ada potensi naik taraf RAM, DDR5 adalah jawapannya. Untuk laptop selain gaming, saya tak rasa hayat bateri akan nyata berbaza antara LPDDR5 dan DDR5. Sekiranya anda sangat perlukan hayat bateri dan sentiasa kerja di lapangan tanpa akses plugpoint, carilah laptop dengan LPDDR5 tapi dengan kapasiti RAM paling besar yang anda mampu.