Tragedi Gunung Liang bukti pentingnya walkie talkie dalam kecemasan

Tragedi kematian di Gunung Liang harus dijadikan iktibar oleh semua pihak. Paling penting adalah kita elakkan perkara sama berulang. Oleh sebab itu, persediaan sangat penting termasuklah persediaan menghadapi kecemasan. Masuk hutan semestinya isyarat telefon akan lemah, jadi apa kata para hikers labur untuk beli walkie-talkie yang kini sangat mampu milik, bawah RM100 pun dah boleh dapat. Baca tips ini sehingga habis.

Jangan harapkan telefon bila hiking

Telefon zaman sekarang sensitif dan tak tegap, semuanya diselaputi kaca dan terdedah kepada rosak. Sebenarnya banyak lagi kelemahan telefon bila berada dalam hutan.

Isyarat telco tak kiralah CelcomDigi, Maxis, Unifi, U Mobile, Yes 5G dan sebagainya tak boleh sampai ke telefon sewaktu ebrada dalam hutan. Cuaca sejuk bila ada di altitud tinggi pula tak membantu. Hayat bateri makin singkat kerana itulah kelemahan teknologi bateri lithium-ion yang diguna dalam telefon anda.

Jadi, untuk aktiviti lasak seperti hiking ini, lebih baik dapatkan beberapa unit walkie-talkie untuk kekal berhubung secara dalam kumpulan ataupun dapatkan bantuan. Hal ini kerana, walkie-talkie tak perlukan isyarat menara pemancar tapi ia sendiri pancarkan isyarat untuk diterima orang lain.

Kaedah perhubungan cara ini sangat berguna di waktu bencana bila sistem komunikasi moden lumpuh.

Waklie talkie tak perlukan lesen untuk diguna

Ramai yang anggap pengunaan walkie-talkie perlukan lesen pengendalian radio amatur daripada MCMC. Sebenarnya, gunakan walkie-talkie tidak perlukan lesen tapi lesen diperlukan bila perhubungan dilakukan dalam jalur-jalur frekuensi tertentu.

Bagusnya, pihak berkuasa ada peruntukkan jalur frekuensi yang boleh digunakan secara bebas untuk komunikasi. MCMC ada peruntukkan jalur frekuensi dalam kategori Personal Radio Service (PRS) yang merangkumi frekuensi berikut:

  • 26.965000 MHz hingga 27.405000 MHz;
  • 446.006250 MHz hingga 446.093750 MHz; atau
  • 446.103125 MHz hingga 446.196875 MHz.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca dokumen MCMC bertajuk Class Assignment No. 1 of 2025. Pendek kata, cari walkie talkie yang boleh pancar isyarat dalam frekuensi di atas, anda boleh gunakan secara sah tanpa dikacau pihak berkuasa. Jadi, walkie talkie apa yang boleh anda dapatkan?

Baofeng UV-5R: Harga bawah RM100

Ramai penggiat radio amatur sarankan Baofeng UV-5R. Kini anda boleh dapatkannya pada harga sekiar RM80 sahaja sama ada di Lazada ataupun Shopee. Selain daripada ia sokong frekuensi PRS yang dinyatakan tadi, atas badannya ada butang-butang kawalan yang boleh diguna untuk tetapkan frekuensi tanpa perlukan perisian komputer.

Jarak komunikasi walkie ini agak baik. Dalam satu video YouTube, ada seorang pengguna ini boleh capai jarak sekitar 5km. Ini adalah ujian dunia sebenar, bukan iklan. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

YouTube player

Dua kegunaan Baofeng UV-5R

Kekal berhubung di luar cakupan isyarat telco adalah penting. Walkie talkie boleh buatkan kawal selia ahli ekspidisi lebih mudah, contohnya kalau ada dua subkumpulan lebih kecil yang masing-masing ada walkie talkie sendiri.

Pengendalian kumpulan kecil adalah lebih mudah dan kumpulan boleh bergerak dalam jarak lebih jauh antara satu sama lain untuk elek kesesakan tapi dalam masa yang sama kekal berhubung. Ia jadikan semua ahli kumpulan sentiasa mendapat maklumat terkini tentang kumpulan mereka.

Kemudian, dalam waktu kecemasan, salah satu walkie talkie boleh digunakan ahli kumpulan untuk pergi dapatkan bantuan sementara yang satu lagi kekal di lokasi kecemasan. Bukan itu sahaja, jika lokasi ekspedisi berada dalam cakupan repeater radio amatur, ia boleh diguna untuk hantar isyarat kecemasan ke jarak yang lebih jauh. Ia lebih selamat berbanding kita terjerit-jerit meminta pertolongan dan menarik perhatian haiwan liar yang berada di sekeliling kita.

Perlu diingatkan yang dalam jalur frekuensi PRS ada frekuensi yang dikhaskan untuk meminta bantuan iaitu Saluran 9 27.0650Mhz. Frekuensi ini mungkin sedang dipantau pihak penyelamat ataupun penggiat radio amatur lain.

Elak tragedi Gunung Liang berulang

Gunung Liang mengajar kita sesuatu. Pemandangannya memang cantik tapi ia tidak akan berlembut dengan yang tak bersedia. Tiada peralatan yang mampu jamin keselamatan anda 100% namun sebuah walkie-talkie sekurang-kurangnya memberikan harapan untuk bantuan kecemasan tiba. Pada harga kurang daripada RM100, ia adalah peralatan yang perlu ada dalam beg kembara.

Dapatkan seunit Baofeng UV-5R di Lazada ataupun Shopee.

Dapatkan di Shopee

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *