Kadar AFA TNB positif Mei 2026, ini kesan atas bil elektrik anda

Kadar Automatic Fuel Adjustment (AFA) TNB untuk Mei 2026 telah ditetapkan oleh suruhanjaya tenaga pada 1.38sen/kWh. Ia sesuatu yang signifikan untuk pengguna di Semenanjung Malaysia kerana ini kali pertama kadar AFA bernilai positif sejak diumumkan Julai 2025 lalu.

Sebenarnya kadar AFA lebih tinggi jika tidak kerana daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) yang dikeluarkan sebanyak RM91 juta untuk kurangkan kadar AFA daripada 2.24sen/kWh

Sebelum ini, semua kadar AFA berada dalam zon negatif yang hasilnya diterjemah kepada rebat dalam bil elektrik bulanan pengguna. Walau bagaimanpun, pengumuman kadar AFA Mei 2026 menyebabkan bil elektrik pengguna akan sedikit tinggi kerana tiada lagi rebat akan diterima.

Siapa yang akan terkesan?

Impak AFA positif adalah bergantung kepada penggunaan tenaga.

  • Isi rumah yang guna 600 Wh ataupun kurang tidak akan terkesan kerana mekanisme AFA tidak terpakai untuk golongan pengguna kategori ini. Jadi bil mereka tidak akan ada perubahan.
  • Isi rumah yang guna 600kWh atau lebih akan dapati bil elektrik mereka sedikit tinggi.

Satu lagi contoh adalah penggunaan 1,000kWh yang sama akan ada perbezaan sebanyak kira-kira RM19.

Berapa banyak kenaikan bil elektrik?

Kenaikannya tidak terlalu besar. Contohnya untuk penggunaan 800kWh, bil akan naik kira-kira RM2.76 manakala penggunaan 1,000kWh, bil akan naik kira-kira RM5.52.

Sungguhpun kecil, pengguna perlu bersiap sedia untuk kadar AFA yang lebih tinggi. TNB unjurkan AFA akan naik setinggi 3.93 sen/kWh dalam bulan Ogos 2026 nanti.

Kenapa kadar AFA naik?

Kadar AFA melambangkan kos bahan api yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik anda contohnya kos gas asli dan arang batu. Pergolakkan di timur tengah telah melonjakkan kos bahan api lebih tinggi daripada biasa.

AFA yang naik merentasi kawasan negatif ke positif mungkin adalah kesan harga minyak Februari 2026 yang lalu dan ia terus naik melebihi USD100/tong dalam bulan Mac dan April yang menjelaskan kenapa TNB unjurkan AFA pada paras 3.93 sen/kWh dalam bulan Ogos nanti.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *