CelcomDigi ada promo yang mengagumkan pada harga RM6.90. Ia adalah sebahagian daripada promo Mega Gegar 20 Juta Nationwide Sale. Pada harga itu, pelanggan boleh dapat kuota 5G/4G sebanyak 1,631GB. Namun, cabaran yang sebenar adalah ia sah untuk 3 hari sahaja.
Buat yang berminat ia boleh dilanggan sehingga 30 September 2026. Berikut adalah butiran lanjut tentangnya.
| CelcomDigi 1,631GB Internet Pass | |
|---|---|
| Harga | RM6.90 |
| Kuota | 1,631GB 5G + 4G |
| Tempoh Sah | 3 hari |
| Pembaharuan Automatik | Tiada |
| Siapa boleh langgan | Pelanggan prabayar/pascabayar baru/sedia ada |
| Perayauan | Tiada |
| Tempoh penawaran | 20 Ogos – 30 September 2026 |

Cara langgan pelan 1,631GB RM6.90 CelcomDigi
Pelan CelcomDigi 1,631GB boleh dilanggan menerusi aplikasi CelcomDigi.
Untuk pelanggan prabayar, boleh eprgi ke Internet Add-Ons > One Time Pass > 1,631GB Internet. Sebagai alternatif, mereka boleh hubungi *118#, pilih Internet Plan dan Add-on > One Time Pass, dan pilih pelan 1,631GB. Untuk pelanggan pascabayar, mereka boleh pergi ke Internet Add-Ons > Quota Top-up > 1,631GB.
Penggunaan kuota boleh dijejak juga menerusi CelcomDigi APP ataupun *118#. Perlu diingatkan yang kuota tidak diguna selepas 3 hari akan lupus dan tidak akan dibawa kedepan.
Berbaloi ke beli pelan 1,631GB atau hanya sekadar hype?
Secara realisitiknya, bolehkah nak guna keseluruhan 1,631GB dalam masa tiga hari? Maknanya anda kena guna 544GB setiap hari atau sekitar 22.7GB setiap jam secara berterusan selama 72 jam. Bunyi macam mustahil untuk pengguna biasa.
Mungkin pelan ini berguna untuk poweruser yang jadikan telefon mereka sebagai hostpot, muat turun banyak games, muat naik dan turun gambar dan video, kemas kini software merentasi peranti. Software zaman moden mudah-mudah sahaja guna 100GB quota ditambah lagi dengan yang perlukan sambungan internet berterusan sewaktu digunakan.
Untuk perspektif, pelan prabayar CelcomDigi paling premium ada tawarkan 400GB untuk tempoh sah 30 hari. Pelan 5G Power+ 55 berharga RM55 manakala 5G Power+ 65 berharga RM65.
Mungkin 1,631GB merujuk kepada 31 Ogos Hari Merdeka dan 16 September Hari Malaysia. Pelan ini dilhat berguna kalau anda pergi perarakan Merdeka dan lakukan livestream secara berterusan ataupun kongsi banyak gamabr dan video di Internet.
Lain-lain penawaran CelcomDigi Mega Gegar
CelcomDigi 1,631GB Internet Pass adalah salah satu daripada sembilan promo CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Nation WIde yang berlangusng sehingga 30 September 2026. Lain-lain penawaran adalah seperti rebat sehingga RM480 untuk peranti Easy360 terpilih dalam bentuk rebat RM20 merentasi 24 bulan. Ada juga peranti bawah Pakej MegaJimat terima rebat serupa.
Pengguna juga boleh manfaatkan RM100 bonus trade-in bila pilih untuk masukkan nilai trade-in ke dalam kredit pascabayar anda. Untuk produk Wi-Fi rumah, pelanggan baharu CelcomDigi Fibre 300Mbps ataupun 5G Home WiFi 99 boleh dapat rebat RM20 untuk 3 bulan berturut-turu ke atas bil bulanan mereka.
Akhir sekali, ada promo produk baru seperti percuma bil bulan pertama untuk pelanggan kali pertama StreaMORE Asian Bundle. MobileSHIELD pula berikan tempoh percubaan percuma selama 30 hari dan RM1 untuk PhoneFIX.
Sumber: CelcomDigi
