Darmawisata Xi’an: Gunung Hua


Huashan letaknya hampir 150km daripada pusat bandar Xi’an. Ada pelbagai cara untuk sampai ke kaki Gunung Hua tapi yang paling mudah adalah dengan kereta api laju yang hanya ambil masa kurang daripada 30 minit saja.





Gunung Hua terletak lebih kurang 100km ke timur Xi’an




Ini adalah artikel untuk terangkan pada anda bagaimana untuk pergi ke Gunung Hua, dakinya dan pulang semula ke Xi’an.










Nak pergi Terracotta Army, baca sini










Ambil Metro Dari Bell Tower Ke stesen Xi’an Bei





Kita jadikan Bell Tower sebagai tempat permulaan, anda perlu ambil metro dari situ (stesen  Zhong Lou) ke stesen Bei Kezhan yang akan hubungkan anda kepada stesen Xi’an Bei (Xi’an North Railway Station).





Jalinan metro di Xi’an




Bawah Bell Tower ada stesen Zhong Lou




Harga tiket 1 kepala untuk ke Bei Kezhan adalah 4 yuan dan naik sebanyak 7 perhentian ke utara.





Zhong Lou ke Bei Kezhan tiketnya RMB 4








Tiba di Bei Kezhan , matlamat seterusnya adalah untuk beli tiket keretapi laju ke stesen Hua Shan Bei.





Stesen Bei Kezhan




Stesen Xi’an Bei ke stesen Hua Shan Bei





Berjalan ke kaunter tiket keretapi laju agak jauh tapi laluannya senang sebab ada papan tanda dalam bahasa Inggeris.





Papan tanda ada dalam bahasa Inggeris




Proses untuk beli tiket juga agak tricky kalau anda tak berbahasa Cina. Tapi berita baik, jadual perjalanan dan seat availibility boleh dirujuk di Internet. Untuk mudahkan proses pembelian, buka saja laman web ini dan ambil maklum kod kereta api serta waktu pelepas dan tunjukkan pada penjaga kaunter.





Dia akan minta passport setiap penumpang untuk direkodkan. Turut memudahkan pembelian, sediakan wang tunai secukupnya.





Pegawai kaunter fahami sedikit bahasa Inggeris




Sesudah selesai, anda boleh terus ke platform seperti yang dinyatakan dalam cetakan tiket. Tapi sebelum memasuki dewan pelepasan, anda akan melalui saringan keselamatan dan beg anda akan diimbas X-Ray. Contoh barang yang tidak boleh dibawa adalah pisau.





Selesai di checkpoint, anda boleh terus ke dewan pelepasan dan menaiki keretapi.





Sebelum naik tren kena imbas X-Ray




Bagusnya keretapi ini adalah tempat duduk sudah ditetapkan dalam tiket dan anda hanya perlu pergi ke gerabak dan nombor kerusi, seperti yang dinyatakan dalam tiket anda. Oleh sebab ini adalah perjalanan express, anda tak perlu risau terlepas stesen dan rehatlah sepanjang perjalanan. Di atas keretapi, air bersih ada disediakan jika anda ingin mengisi botol. Tandas pun ada.





Hua Shan Bei ke kaki Gunung Hua





Tiba di stesen Hua Shan Bei, keluar seperti biasa ke pintu depan stesen. Jaga-jaga, anda akan disapa ramai orang menawarkan servis shuttle ke Gunung Hua dengan bayaran. Jangan risau, ada bus percuma yang melalui Gunung Hua.





Kedudukan perhentian bas agak jauh daripada stesen dan anda perlu berjalan sedikit. Cari bas berwarna hijau dan kenal pasti pemandunya dan tanya tentang Gunung Hua, jika dia angguk, maka anda berada di tempat yang betul.





Stesen keretapi Hua Shan Bei




Perjalanan ke pintu masuk Gunung Hua tak begitu lama, lebih kurang 15 minit sebab bas ini adalah jenis henti-henti. Untuk ketahui sama ada anda di hentian yang betul adalah jika anda nampak sebuah bulatan yang besar dengan tugu bunga teratai di tengah-tengahnya, anda boleh turun di sana.





Dari sana, anda perlu berjalan pula ke kaunter tiket Gunung Hua. Seperti biasa, anda akan disapa warga tempatan yangmenawarkan servis guide dan tiket dan seperti biasa juga, senyum dan tolak pelawaan mereka. Pergi terus ke kaunter dan beli dua tiket ini:





  1. Tiket masuk Gunung Hua
  2. Tiket bas untuk ke kereta kabel north peak ATAU west peak (tiket turun beli di stesen kereta kabel di atas gunung)








Harga tiket adalah seperti berikut:





  • tiket masuk – RMB 160
  • tiket bas ke puncak North – RMB 20
  • tiket kereta kabel puncak North – RMB 140
  • tiket bas puncak West – RMB 40
  • tiket kereta kabel puncak West – RMB 140




Tiket masuk – RMB 160




Tiket bas ke puncak North – RMB 20





Tiket kereta kabel puncak North – RMB 140




Tiket bas puncak West – RMB 40




Tiket kereta kabel puncak West – RMB 140




Pelbagai cara untuk nikmati Gunung Hua





Baiklah, ada pelbagai cara untuk menikmati gunung hua. yang pertama adalah tanpa naiki kereta kabel langsung dan daki dari kaki bukit. Namun untuk ke puncak pertama saja sudah ambil masa sekitar 5 jam.









Jika anda hanya ada sehari di sana, lebih baik ambil kereta kabel walaupun sedikit mahal. Untuk perjalanan paling optimum, daki menggunakan kereta kabel barat dan turun melalui kereta kabel utara kerana perjalanan menurun lebih banyak dari mendaki.









Kembali ke kaunter tiket tadi, sesudah membeli tiket bas, akan ada dua jenis bas, satu yang ke kereta kabel barat dan satu lagi utara. Naik bas yang betul untuk ke stesen pilihan.





Tiba di stesen kabel, cari kaunter tiket untuk beli tiket kereta kabel pula. Dah beli, ikut saja papan tanda untuk naik kereta kabel. Sesudah tiba di atas, pengembaraan bermula!













Nikmati Gunung Hua





Gunung Hua amatlah cantik dan berbaloi untuk dilawati. Cuaca yang sejuk serta keadaan trek yang bersih jadikan perjalanan sangat selesa. Tapi, untuk mengoptimumkan pengalaman anda di atas sana, perlu ada perancangan. Ini adalah peta keseluruhan trek Gunung Hua.

















Semuanya ada 5 puncak (North, Sounth, East, West, Center) untuk dilawati dan setiap satunya ada cerita tersendiri. Selain 5 puncak itu, terdapat mercu-mercu tanda lain yang tak kurang menariknya contohnya tokong dan sebagainya.





https://my.viewranger.com/route/widget/MjI3NjkzNQ==?locale=en&m=miles&v=2







4 daripada lima puncak iaitu Center, West, East, dan South adalah dekat antara satu sama lain. Jadi tiba di atas, anda boleh terus habiskan 4 daripada 5 tanpa masalah, namun pastikan Center adalah yang terakhir kerana satu-satunya cara untuk ke puncak kelima, North, adalah melalui puncak Center.













Kemudian, daripada puncak Center ke North agak mencabar dengan laluan sempit serta gaung di kiri dan kanan. Ikut saja arahan papan tanda dan tenang, anda pasti selamat.









Kalau anda ingin meluangkan masa di gunung Hua, ada hotel di puncak North yang boleh anda inap dan menikmati persekitaran gunung Hua mengikut pace anda sendiri.





Namun, jika anda perlu keluar dari gunung Hua pada hari yang sama, kereta kabel dan bas untuk bawa anda ke kaki bukit berakhir pada jam 7 malam. Rancang perjalanan anda sebaiknya.









Cara nak pulang ke Xi’an





Jalan kembali ke perhentian bas tempat anda turun awal pagi tadi dan pergi ke Hu Shan Bei untuk menaiki kereta api laju.





Balik Xi’an bolehlah bagi sedikit reward ada diri sendiri di pasar malam.









Ringkasan





  • Periksa suhu dan cuaca di Gunung Hua untuk tentukan pakaian apa yang perlu dibawa
  • Bawa minuman dan makanan dari Xi’an kerana tiada makanan halal di atas sana.
  • Naik metro dari Bell Tower ke Bei Kezhan untuk ke stesen keretapi laju
  • Periksa jadual keretapi laju sehari sebelum perjalanan, screenshot untuk ditunjukkan pada pegawai kaunter.
  • Sediakan passport dan wang secukupnya untuk licinkan proses beli tiket
  • Keretapi laju adalah cara yang paling mudah, pantas, dan selesa untuk ke Gunung Hua.
  • Di atas kereta api ada tandas dan air minuman percuma.
  • Ada bas shuttle percuma dari Hua Shan Bei ke kaunter tiket Gunung Hua, tolak pelawaan tawaran shuttle untuk ke Gunung Hua
  • Semua tiket perlu dibeli di kaunter, jangan beli melalui orang ketiga ataupun orang yang menyamar sebagai pegawai bertugas
  • Paling optimum adalah naik kereta kabel puncak West dan turun kereta kabel puncak North