Anda berada di Lapangangan Terbang Changi, Singapura dan nak cari tempat makan pada harga patut? Ini adalah perkongsian daripada pengguna Facebook tentang cara cari kantin tempat staf lapangan terbang pergi menjamu.
Berikut adalah panduan untuk mencari staff canteen di Changi Airport.
- Lokasi staff canteen adalah di Terminal 1, di dalam balai berlepas, berseberang dengan The Jewel.
- Kenal pasti Row 13, tempat kaunter daftar masuk syarikat penerbangan Emirates.
- Di bekalang Row 13, anda akan temukan lif.
- Ambil lif itu dan turun ke B1.
Menurut pengutus, ada beberapa gerai makanan halal boleh dicuba. Ia boleh dikenal pasti dengan melihat logo halal negara itu. DIa mencuba Nasi Ayam Gerai 07 pada harga SGD4.50 (~RM15) yang jauh lebih murah daripada gerai di ruang makan utama lapangan terbang.
Sumber: Amad Firdaus