Review TFZ Series 5 : Macam Pakai Subwoofer Di Telinga

https://www.bukunota.net/2019/08/review-tfz-series-5-macam-pakai_9.html
TFZ merupakan antara syarikat audio dari China yang menghasilkan pelbagai jenis in-ear monitor (IEM) ataupun earfon. Walaupun mereka dari China, produk mereka mampu bertanding dengan syarikat yang lebih besar seperti FiiO, Sony, Moondrop dan lain-lain.
TFZ Series 5 ini adalah salah satu produk hasilan mereka. IEM ini hadir dengan binaan driver tunggal tapi jangan hampa dengan bilangan driver itu, kerana ia menghasilkan bunyi yang sangat bagus.
Kualiti binaan Series 5 sangat memuaskan. Housing-nya berwarna hitam merupakan plastik yang keras dan juga permukaannya sedikit bergetah. Manakala, cover untuk housing earfon ini berbentuk bulat daripada materi alumunium dan dicat hitam.

Spesifikasi

  • Pemacu: 12.5mm Titanium Crystal Dual Loop Dynamic Dual Chamber (N50)
  • Impedance: 12 ohm
  • Sensitiviti: 105 dB/mW
  • Julat Frekuensi Gerak Balas: 6 Hz-30 kHz
  • Gaya: In-Ear
  • Jenis Kabel:silver-plated
  • Jenis Plug: 3.5mm
  • Lowest Power: 8 mW
  • Cable length: 1.2 m

Aksesori

sumber : drop

Bersama-sama earfone ini, TFZ berikan beberapa aksesori. Yang pertama adalah tiga pasang tip earfon silikon, sepasang tip earfon double-flange, seunit ear hook, beg penyimpan, dan klip.

Kualiti Bunyi

Kalau anda berminat dengan profil bunyi yang suam ataupun “warm sound”, IEMini sangat sesuai. Noise isolation juga antara yang terbaik di Series 5. Disebabkan iem ini menghasilkan bass yang sangat tinggi, Clarity di Series 5 kurang memuaskan tetapi masih boleh diterima.

SOUNDSTAGE

Soundstage di Series 5 sangat mantap dan luas. Perasaanya seperti ada 2 speakers, kiri dan kanan yang berjarak lebih daripada 2 meter. Tidak rasa seperti di depan muka.

LOW

Kepada yang basshead, iem ini sangat sesuai untuk anda. Series 5 boleh menghasilkan low-end yang sangat cemerlang sehinggakan anda boleh rasa sub-bass deram-derum di telinga anda. Walaupun sedikit over-powered tapi frekuensinya tidak mengganggu frekuensi di Mids. Jadi, Lagu-lagu yang ada vokal, jangan risau, low-end di Series 5 tidak akan tenggelamkan frekuensi tersebut.

MID

Mids di Series 5 sangat warm. Vokal juga jelas untuk didengari. Kalau lagu yang betul-betul bass kuat, mungkin kedengaran vokal boleh berkurang.

HIGH

Series 5 merupakan iem yang berjenis “Warm”. Highs di iem ini boleh dikatakan agak biasa. Namu demikian, High atau treble-nya tidak rasa tajam atau penat untuk dilayan lama. Lagu-lagu seperti mempunyai instrumental bunyi guitar, mungkin kurang jelas bunyi jentikan string-nya.

Kesimpulan

Kalau anda memang jenis bass-head dan juga minat Sound Singnature berjenis “Warm”, saya sangat galakkan iem ini. Walaupun clarity di iem ini kurang namun masih boleh diterima. Untuk “Critical listener”, ini mungkin bukan untuk anda.
Tetapi malangnya iEM ini telah discontinue oleh TFZ. Sewaktu dilancarkan, harganya RM347. Kalau anda bernasib baik, massdrop ataupun drop (re-brand) juga menjualnya
URL : TFZ Series 5 | Drop