Lossless vs. Lossy dalam audio

Perbezaan Antara Lossy dan Lossless dalam dunia audio

Apabila anda membuat satu siri file MP3 (lossy) dengan merobek salah satu CD muzik anda, beberapa perincian dari rakaman asal hilang.
Kaedah ini adalah bertentangan dengan mampatan audio lossless yang digunakan untuk format seperti FLAC, ALAC, dan lain-lain. Audio, dalam kes ini, dimampatkan dengan cara yang tidak membuang apa-apa data. Audio adalah sama dengan sumber asal.

Adakah saiz file sama?

Tidak. Saiz file tidak sama kerana kalau di-compress dalam lossy, segelintir data-data iaitu frekuensi yang tinggi yang dikatakan tidak boleh didengari oleh manusia akan dibuang. Hasilnya, file audio menjadi lebih kecil. Lihat gambar di bawah.
Saiz audio file bergantung kepada durasi lagu. File audio yang diguna contoh berdurasi selama 1:58 minit.

Kita boleh lihat segelintir data-data audio telah dilupuskan daripada sumber asal semasa compression atau transcoding.

Senarai file format (yang biasa digunakan)

Berikut di bawah merupakan format audio yang sering digunakan untuk pendengar akhir.

Lossless Lossy
  • AIFF
  • WAV
  • FLAC
  •  ALAC
  • APE
  • WMA
  • M4A
  • MP3
  • OGG
  • AAC
  • opus

Mana yang lebih penting, storage atau kualiti audio?

Sebagai seorang peminat lagu, compression file audio yang digalakkan guna ialah dalam bentuk lossless. Kelebihan menggunakan lossless sudah pastilah kualiti audio terjamin. Bukan itu sahaja, anda juga boleh transcode dalam apa-apa bentuk format lossy dan masih lagi simpan file audio yang asli
Biasanya, untuk mendengar perbezaan kualiti sudah pasti anda perlu set alatan audio yang bagus. Kalau setakat headphone kedai D.I.Y, lebih baik anda jimat storage dengan menggunakan lossy format.

Lossless

Pros
  • Sesuai untuk arkib
  • Hi-Res
  • Boleh transcode kepada lossless/lossy format yang lain
Cons
  • File audio yang besar
  • Tidak sesuai untuk storage yang kecil
  • Perlu set alatan audio yang mahal

Lossy

Pros
  • File audio yang kecil
  • Perbezaan kualiti audio dengan lossless tidaklah tinggi
  • Sesuai kepada user yang mempunyai storage kecil
  • Tidak perlu set audio yang mahal
Cons
  • Tidak sesuai transcode kepada format yang lain. Kualiti menurun dengan teruk
  • Tidak Hi-Res
  • Tidak sesuai untuk arkib

Kesimpulan

Jika anda seorang peminat lagu, lossless adalah terbaik manakala kepada pendengar yang kasual, lossy sangat sesuai untuk anda.