Cara pergi IOI Putrajaya Mall daripada Putrajaya Sentral

IOI City Mall Putrajaya adalah pusat beli belah terkenal dalam kalangan penjawat awam. Mereka selalu habiskan waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat untuk beli belah barang keperluan harian. Tahukah anda yang ada laluan bas antara MRT Putrajaya Sentral dengan IOI City Mall Putrajaya?

Daripada Putrajaya Sentral, anda boleh cari bas bernombor T523 yang dikendalikan KR Travel Sdn. Bhd. Platform bas ini terletak di slot paling hujung MRT Putrajaya Sentral. Selain IOI City Mall Putrajaya, laluan bas ini juga akan singgah di Masjid Putra, Alamanda, Hospital Serdang, KTM Serdang, dan Hab Bas Lebuh Pudu (Kotaraya).

Bas ini akan turunkan penumpang di bahagian bawah tempat letak kereta IOI Mall Putrajaya.

Frekuensi laluan T523 adalah setiap jam. Anda boleh rujuk jadual kekerapan yang disediakan. Sungguhpun kekerapannya tidaklah tinggi, anda bolehlah merancang perjlanan anda berdasarkan jadual yang disediakan.

Tambang bas untuk sekali naik adalah RM1.10 dan perjalanan akan mengambil masa sehingga 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Sekiranya anda perlukan pertolongan, terdapat pegawai bertuga menjaga di MRT Putrajaya Sentral. En. Kartik boleh dihubungi di 016 688 8641.

Selamat berbeli belah!

Sumber: Asyifa Atiqah Alin Aiman