Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tawarkan promosi diskaun 60% ke atas saman trafik. Tawaran itu berlangsung antara 22 hingga 24 November 2024 bersempena Program Dua Tahun Kerajaan Madani yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convenction Center. Kaunter pembayaran akan dibuka anda 9 pagi hingga 6 petang.
Kementerian Dalam negeri telah mengumumkan kempen itu menerusi akaun Facebook mereka. Sambutan tersebut juga diadakan selari dengan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024, konvensyen yang memfokuskan pada memperkasakan perkhidmatan awam.
Walaupun terma dan syarat diskaun saman ini tidak dikongsikan, berdasarkan promo-promo terdahulu, saman yang tidak boleh diber diskaun adalah seperti:
- langgar lampu isyarat
- salah guna lorong kecemasan
- memotong di garisan berkembar
- memotong secara berbahaya
- kemalangan
- kesalahan tak boleh kompoun
- kes mahkamah
- kesalahan melibatkan kenderaan berat
Kesalahan di bawah Op Selamat juga tidak layak untuk diberi diskaun.