Siri 7: 5 Jenis Haji dan 3 Cara Kerjakan Haji

Dalam Kursus Asas Haji Siri 7, jemaah akan pelajari tentang jenis Haji dan cara-cara untuk kerjakan haji. Perincian seperti pengkelasan ibadat haji juga diterangkan mengikut tetapan hukum syarak serta kaedah pelaksanaannya.

Muat turun PDF Kursus Asas Haji Siri 7

Himpunan Nota Kursus Asas Haji 2026

5 Jenis Haji

Berdasarkan hukum, haji terbahagi kepada lima jenis.

  • Haji Fardhu (Haji Islam/Wajib) yang wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi setiap muslim yang memenuhi syarat-syarat wajib.
  • Haji Badal (Haji Niyabah/Upah Haji) yang dilaksanakan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat tertentu.
  • Haji Sunat (Haji Tatawwu’) bagi orang yang telah menunaikan fardhu haji ataupun kanak-kanak yang belum baligh.
  • Haji Nazar yang wajib dilaksanakan kerana bernazar untuk menunaikan haji kerana Allah S.W.T.
  • Haji Qada’ yang dilakukan bagi menggantikan ibadat haji yang fasad pada tahun terdahulu.

5 Kaedah Kerjakan

Selepas mengetahui 5 jenis haji, jemaah akan diajar pula cara untuk kerjakan haji mengikut tiga kaedah.

  • Haji Tamattu’: Jemaah berniat dan mengerjakan umrah terlebih dahulu di miqat (seperti Qarn al-Manazil atau Bi’r Ali) dalam bulan haji, bertahallul, kemudian berniat ihram haji di bangunan penginapan Makkah pada 8 atau 9 Zulhijjah. Amalan haji disempurnakan dengan berwuquf di Arafah, bermabit di Muzdalifah, melontar Jamrah Kubra, bercukur (Tahallul Awwal), mabit serta melontar di Mina, dan bertawaf serta sa’ie haji di Baitullah (Tahallul Thani).
  • Haji Ifrad: Mengerjakan haji dahulu dalam bulan haji dari miqat, disusuli pelaksanaan umrah di tanah halal (seperti Tan’im) selepas selesai haji[5]. Kaedah ini paling afdhal menurut Mazhab Syafi’e sekiranya umrah dibuat pada tahun hijrah yang sama, di mana jemaah diberi pilihan mendahulukan sa’ie haji selepas Tawaf Qudum.
  • Haji Qiran: Menggabungkan haji dan umrah serentak (dua dalam satu). Ia boleh dilakukan secara berniat serentak di miqat (Cara 1) ataupun berniat umrah dahulu kemudian memasukkan niat haji sebelum tawaf (Cara 2), khusus bagi wanita kedatangan haid yang tidak kering sebelum ke Arafah atau jemaah yang sakit dan terhalang. Jemaah Ifrad dan Qiran tidak perlu memperbaharui niat sebelum berangkat ke Arafah.