Himpunan Nota Kursus Asas Haji 2026

Persediaan menunaikan haji bermula sekarang. Tabung Haji telah mengeluarkan surat tawaran dan mula mengedarkannya kepada yang layak. Pada masa yang sama, pihak TH sudah memulakan kelas persiapan untuk persiapkan jemaah menjelang giliran untuk diterbangkan. Jadual Kursus Asas Haji 2026 boleh dirujuk di sini.

Buat yang nak mengulang kaji pelajaran, di bawah adalah himpunan semua nota kursus, ringkasan serta dokumen PDF yang boleh dimuat turun.

Senarai lengkap nota Kursus Asas Haji 2026

Tajuk KursusPautan Nota PDF
Siri 01 Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
Pelajaran tentang sejarah dan keistimewaan Tanah Suci Makkah dan Madinah, termasuk Kaabah, Masya’ir Haji, Masjid Nabawi serta persediaan jiwa jemaah.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 01
Siri 02 Falsafah Dan Penyucian Jiwa
Pelajaran tentang falsafah Haji dan cara penyucian jiwa, termasuk Talbiah, adab jemaah, Istitha’ah, rukun Haji serta panduan mencapai Haji Mabrur.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 02
Siri 03 Rukun Haji: Niat Ihram, Wuquf dan Tawaf
Pelajaran tentang tiga rukun utama Haji iaitu Niat Ihram, Wuquf di Arafah dan Tawaf, termasuk syarat sah, tatacara serta perbezaan Rukun Haji dan Wajib Haji.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 03
Siri 04 Rukun Haji: Sa’ie, Bercukur/Bergunting dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun
Pemahaman tiga rukun Haji terakhir iaitu Sa’ie, Bercukur atau Bergunting dan Tertib, termasuk syarat sah, amalan sunat serta tatacara pelaksanaannya.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 04
Siri 05 Wajib-wajib Haji
Ketahui enam Wajib Haji, termasuk miqat, larangan ihram, mabit di Muzdalifah dan Mina, melontar jamrah serta jenis-jenis dam.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 05
Siri 06 Wajib-wajib Haji: Melontar Di Jamrah Kubra 10 Zulhijjah, Mabit Di Mina Dan Melontar Pada Hari-hari Tasyriq Dan Nafar
Belajar tatacara Melontar Jamrah, Tahallul Awwal dan Thani, mabit di Mina serta perbezaan Nafar Awwal dan Nafar Thani dalam ibadat Haji.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 06
Siri 07 Jenis Haji dan Cara-cara Mengerjakan Haji
Pelajari lima jenis Haji serta tiga kaedah pelaksanaannya iaitu Haji Tamattu’, Haji Ifrad dan Haji Qiran
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 07
Siri 08 Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
Fahami aurat wanita dan lelaki, izin suami, taharah serta ketetapan solat bagi jemaah Haji dan Umrah.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 08
Siri 09 Fiqh Wanita Dalam Ibadat Haji
Pelajaran berkaitan fiqh wanita dalam ibadat Haji, termasuk hukum haid, nifas, istihadhah, keputihan, ubat penahan haid serta solusi Tawaf Rukun.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 09
Siri 10 Ibadat Umrah, Niat Bersyarat dan Tawaf Wada’
Dalami rukun dan wajib Umrah, niat bersyarat dalam ihram serta hukum Tawaf Wada’, termasuk syarat, tatacara dan golongan yang dikecualikan.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 10
Siri 11 Kesihatan
Teliti panduan kesihatan jemaah Haji, termasuk istito’ah kesihatan, cabaran fizikal, persediaan, saringan perubatan dan rawatan di Tanah Suci.
Ringkasan Kursus
Nota PDF Siri 11