Persediaan menunaikan haji bermula sekarang. Tabung Haji telah mengeluarkan surat tawaran dan mula mengedarkannya kepada yang layak. Pada masa yang sama, pihak TH sudah memulakan kelas persiapan untuk persiapkan jemaah menjelang giliran untuk diterbangkan. Jadual Kursus Asas Haji 2026 boleh dirujuk di sini.
Buat yang nak mengulang kaji pelajaran, di bawah adalah himpunan semua nota kursus, ringkasan serta dokumen PDF yang boleh dimuat turun.
Senarai lengkap nota Kursus Asas Haji 2026
| Tajuk Kursus | Pautan Nota PDF |
|---|---|
| Siri 01 Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah Pelajaran tentang sejarah dan keistimewaan Tanah Suci Makkah dan Madinah, termasuk Kaabah, Masya’ir Haji, Masjid Nabawi serta persediaan jiwa jemaah. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 01 |
| Siri 02 Falsafah Dan Penyucian Jiwa Pelajaran tentang falsafah Haji dan cara penyucian jiwa, termasuk Talbiah, adab jemaah, Istitha’ah, rukun Haji serta panduan mencapai Haji Mabrur. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 02 |
| Siri 03 Rukun Haji: Niat Ihram, Wuquf dan Tawaf Pelajaran tentang tiga rukun utama Haji iaitu Niat Ihram, Wuquf di Arafah dan Tawaf, termasuk syarat sah, tatacara serta perbezaan Rukun Haji dan Wajib Haji. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 03 |
| Siri 04 Rukun Haji: Sa’ie, Bercukur/Bergunting dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun Pemahaman tiga rukun Haji terakhir iaitu Sa’ie, Bercukur atau Bergunting dan Tertib, termasuk syarat sah, amalan sunat serta tatacara pelaksanaannya. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 04 |
| Siri 05 Wajib-wajib Haji Ketahui enam Wajib Haji, termasuk miqat, larangan ihram, mabit di Muzdalifah dan Mina, melontar jamrah serta jenis-jenis dam. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 05 |
| Siri 06 Wajib-wajib Haji: Melontar Di Jamrah Kubra 10 Zulhijjah, Mabit Di Mina Dan Melontar Pada Hari-hari Tasyriq Dan Nafar Belajar tatacara Melontar Jamrah, Tahallul Awwal dan Thani, mabit di Mina serta perbezaan Nafar Awwal dan Nafar Thani dalam ibadat Haji. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 06 |
| Siri 07 Jenis Haji dan Cara-cara Mengerjakan Haji Pelajari lima jenis Haji serta tiga kaedah pelaksanaannya iaitu Haji Tamattu’, Haji Ifrad dan Haji Qiran | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 07 |
| Siri 08 Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat Fahami aurat wanita dan lelaki, izin suami, taharah serta ketetapan solat bagi jemaah Haji dan Umrah. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 08 |
| Siri 09 Fiqh Wanita Dalam Ibadat Haji Pelajaran berkaitan fiqh wanita dalam ibadat Haji, termasuk hukum haid, nifas, istihadhah, keputihan, ubat penahan haid serta solusi Tawaf Rukun. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 09 |
| Siri 10 Ibadat Umrah, Niat Bersyarat dan Tawaf Wada’ Dalami rukun dan wajib Umrah, niat bersyarat dalam ihram serta hukum Tawaf Wada’, termasuk syarat, tatacara dan golongan yang dikecualikan. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 10 |
| Siri 11 Kesihatan Teliti panduan kesihatan jemaah Haji, termasuk istito’ah kesihatan, cabaran fizikal, persediaan, saringan perubatan dan rawatan di Tanah Suci. | Ringkasan Kursus Nota PDF Siri 11 |
