Kita sering nampak pelakat core i3, core i5 atau core i7 di komputer riba atau desktop komputer. Adakah maksud mereka sama?
Sebenarnya, central processor unit (CPU) dihasilkan dalam beberapa jenis, mengikut keperluan prestasi dan harga. Sebelum dikupas denganlebih mendalam, berikut adalah beberapa istilah penting pada CPU yang penting yang patut anda perlu tahu.
- Core
- Clockspeed
- Threads
Core
Semakin banyak core, semakin banyak tugasan yang boleh diproses serentak. Biasanya, bilangan unit core ditetapkan dalam nombor genap:
- 2 core (dwiteras)
- 4 core (kuadteras)
- 6 core (heksateras)
- 8 core (oktateras)
Clockspeed
“Clockspeed” adalah unit kuasa untuk ukur kelajuan CPU. Kelajuan processor biasanya diukur dalam bacaan hertz. Dulu kelajuan CPU berada dalam julat megahertz, tapi seiring dengan kemajuan teknologi, kelajuan CPU kini berlegar dalam julat Gigahertz.
Semakin tinggi clockspeed-nya, semakin pantas CPU menyelesaikan tugasan dan lebih cepat CPU memulakan tugasan yang baru.
Threads (teknologi proprietari Intel)
Jika anda lihat istilah Hyper Threading pada kotak CPU, ia boleh ditakrifkan yang CPU itu ada teras maya dalam teras fizikal. Ia membantu CPU melakukan proses pengkomputeran dua kali lebih pantas berbanding teras yang tidak menyokong Hyper Threading kerana teras 1 teras fizkal yang menyokong Hyper Threading boleh beroperasi seperti 2 teras fizikal.
Ia sangat membantu terutamanya pada CPU yang ada bilangan teras fizikal yang rendah.
Beza Core-i3, i5, i7 & i9
Sebenarnya, itu adalah cara intel menamakan model processor mereka. Mesti anda anggap bahawa semakin tinggi nombor model proceesor tersebut, semakin gah dan laju. Betul, anda tidak salah. Namun demikian, semakin tinggi model processor, semakin tinggi harganya kerana spesifikasi di setiap model processor adalah berlainan. Patutkah kita menghabiskan duit jika tidak menggunakan potensi processor sepenuhnya?
Core i3 untuk PC entry level
- Sesuai untuk Web Browsing
- Membuat kerja mengunakkan perisian “Microsoft Word”
- Main game yang ringan
- Layan Movie
- Mendengar lagu
Core i5 untuk PC mid-range
- Rendering video-video yang telah di-edit secara ringan
- Boleh main Triple A game (Contoh Battlefield , Call of Duty , DotA 2 etc)
- Multitasking yang berat.
- Emulation
Core i7 untuk PC high-end
- Rendering video yang berat (4k , effect-effect yang tinggi)
- Sesuai untuk 3D rendering, art designer
- Boleh melakukan multi-tasking yang lebih berat dalam waktu yang sama seperti rendering video sambil web browsing atau main game.
Core i9 untuk PC pro
Untuk Desktop : Bilangan minimum Core : 8
- Rendering video yang berat (4k , effect-effect yang tinggi)
- Real time 3D model rendering
- Main game dalam “Setting” yang tertinggi (ultra)
- Berkebolehan multi-tasking yang banyak