50% setuju kerjakan Haji 2025 dan info berkaitan visa Furada/Mujamalah
Setakat 27 Januari 2025, hampir 50% daripada 31,600 bakal jemaah haji telah memberi maklum balas akan mengejakan haji…
Haji ialah ibadah ziarah ke Mekah yang wajib bagi umat Islam yang mampu dari segi kewangan dan fizikal sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia merupakan rukun Islam kelima dan dilaksanakan dalam bulan Zulhijjah setiap tahun.
badah ini merangkumi amalan seperti Tawaf (mengelilingi Kaabah), Sa’i (berjalan antara Bukit Safa dan Marwah), serta Wukuf di Arafah untuk berdoa. Haji melambangkan kesatuan, kerendahan diri, dan kepatuhan kepada Allah. Ia juga dianggap sebagai penyucian dosa dan memperkuatkan keimanan.
Sesiapa yang berjaya menunaikan Haji memperoleh gelaran “Haji” (lelaki) atau “Hajjah” (wanita) sebagai tanda penghormatan dan kesempurnaan ibadah.