Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi penting dalam ekosistem kewangan Islam di Malaysia yang membantu umat Islam membuat persediaan kewangan untuk menunaikan ibadah haji. Ditubuhkan pada tahun 1963, TH menyediakan platform simpanan patuh Syariah bagi membolehkan pendeposit mengurus dan mengembangkan simpanan mereka sebelum menunaikan salah satu daripada lima Rukun Islam tersebut.

Selain menguruskan simpanan, TH turut memainkan peranan penting dalam mengurus perjalanan jemaah haji Malaysia, termasuk urusan pendaftaran, penginapan, pengangkutan serta kebajikan jemaah di Malaysia dan Arab Saudi. TH juga menguruskan pelaburan bagi menjana pulangan kepada pendeposit, tertakluk kepada prinsip Syariah dan prestasi kewangan institusi.

Sepanjang lebih enam dekad operasinya, TH berkembang menjadi antara institusi kewangan Islam terbesar dan paling dikenali di Malaysia, dengan perkhidmatan yang digunakan oleh jutaan umat Islam di seluruh negara.

Berita Tabung Haji

Ikuti perkembangan terkini Tabung Haji. Semua berita penting daripada sumber rasmi akan dilaporkan di bawah daripada masa ke masa.

Lebih banyak berita Tabung Haji

Nota Kursus Asas Haji

Ini adalah himpunan nota kursus asas haji yang diguna pakai Tabung Haji sewaktu kelas seluruh Malaysia. Kebiasaannya sebanyak 11 siri nota akan digunakan dengan setiap minggu jemaah akan pelajari 1 siri.