Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.
- Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
- Minggu 03: Rukun Haji
- Minggu 04: Wajib Haji
- Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
- Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
- Minggu 07: Fiqh Wanita
- Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
- Minggu 09: Kesihatan dan Haji
- Minggu 10: Pengurusan Haji
Minggu 2: Falsafah penyucian jiwa
Subtopik 1: Pengertian talbiah
Talbiah adalah laungan yang melambangkan kehadiran para jemaah haji dan dilafazkan oleh setiap mereka yang menunaikan ibadah haji. Laungan ini dilakukan setelah berihram, ketika berada di tanah suci. Talbiah juga sangat dianjurkan oleh Nabi SAW bagi setiap jemaah haji, malah ia dianggap sebagai satu amalan sunat (mustahab).
Subtopik 2: Hikmah & Falsafah Haji
Jemaah belajar tentang kenapa setiap orang Islam perlu kerjakan Haji. Antaranya adalah untuk memperkukuh penghambaan kepada Allah, melatih kesabaran, dan membentuk persaudaraan sesama muslim yang lain.
Subtopik 3: Penyucian jiwa dan amalan kurafat, bida’ah dan syirik
Selain perkara yang dilakukan sewaktu Haji, jemaah turut dimaklumkan tentang amalan syirik dan yang perlu dielakkan daripada dilakukan. Bukan sahaja ia jadikan Haji tidak mabrur, malahan boleh mendapat dosa besar.
Subtopik 4: Pengertian haji dan umrah dan sejarah ringkas haji Rasulullah SAW
Pengertian Haji: Mengunjungi Baitullah Al-Harram (Ka’bah) di Makkah pada bulan-bulan Haji untuk menerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
Pengertian Umrah: Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Ka’bah) di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
Subtopik 5: Kelebihan dan Syarat Wajib Haji
Kelebihan Haji & Umrah termasuklah beroleh peluang melawat rumah Allah. Pelawat juga beroleh ganjaran besar disisi Allah SWT dan mendapat syafaat dalam doa keampunan Rasulullah SAW.
Subtopik 5: Haji Mabrur
Haji Mabrur: Haji istimewa yang balasannya adalah syurga menurut Riwayat Ahmad.
Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.