Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.
- Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
- Minggu 03: Rukun Haji
- Minggu 04: Wajib Haji
- Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
- Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
- Minggu 07: Fiqh Wanita
- Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
- Minggu 09: Kesihatan dan Haji
- Minggu 10: Pengurusan Haji
Minggu 7: Fiqh Wanita
Jenis-jenis Darah
5 kategori darah yang akan dipelajari, Hadi, Istihadhah, Fasad, Wiladah, dan Nifas.
Haid
Tiga perkara yang akan dipelajari adalah rukun haid, tempoh haid, dan masa suci dalam tempoh haid.
Istihadhah
Pengertian Istihadhah, tempoh, dan pendapat mazhab.
Angin, Keputihan, dan Kembapan Faraj
Situasi yang membatalkan atau tidak apabila angin keluar dari faraj.
Isu-isu semasa
Perkara yang boleh dilakukan semasa haid adalah seperti:
- Niat Ihram
- Melontar jamrah
- mandi sunat ihram
- talbiyah, tasbih, zikir, tahmid, takbir, dan maβsurat
- mabit di muzdalifah dan mina
- saβie menurut syarat
Perkara yang perlu dilakukan apabila datang haid sewaktu tawaf umrah.
Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.