Kursus Asas Haji 2025: Nota PDF dan audio MP3 minggu 6

Kemas kini Oktober 2026
Versi terbaharu boleh didapati dalam pautan terbaharu di bawah
Himpunan Nota Kursus Asas Haji 2026

Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.

Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim

Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.

Minggu 6: Aurat, Izin Suami, Taharah, dan Solat

Aurat

Aurat lelaki:

  • Menutup pusat hingga ke lutut
  • Sebaik-baiknya memakai ihram dari rumah, stesen berlepas (Tanah Air) atau hotel (Madinah).
  • Tidak disunatkan beridtiba’, kecuali ketika tawaf diikuti dengan Sa’ie selepasnya
  • Sila berurusan di luar bilik bagi jemaah haji berlainan jantina (walaupun untuk bertemu suami/isteri)

Aurat Wanita:

  • Menampakkan muka sahaja
  • Melabuhkan tudung menutupi dada
  • Menutup hingga ke pergelangan tangan
  • Memakai stokin
  • Pekaian tebal, longgar, dan tidak menyerupai lelaki
  • Menutup bawah dagu

📝 PDF
🔊 MP3

Izin Suami atau Wali

Wanita yang berkahwin, jika tiada keizinan suami, mereka perlu memenuhi syarat iaitu:

  • Ada mahram yang menemaninya
  • Yakin aman dalam perjalanan
  • Perbelanjaan selama perjalanan adalah tanggungan sendiri:
  • Tidak menggunakan harta suaminya
  • Suaminya tidak memerlukannya selama ia pergi
  • Haji yang dikerjakan tanpa izin suami/wali, hajinya sah tapi berdosa

Wanita yang kematian suami

  • haram bagi wanita tersebut keluar rumah dan idhad (berhias-hias). Wajib baginya menangguhkan pemergian ke Tanah Suci.
  • Tempoh Iddah kematian suami 4 bulan 10 hari.

Wanita kematian suami di Tanah Suci

  • harus bagi wanita tersebut mengerjakan ibadat haji dan umrah
  • keluargkan keluar masuk hotel kecuali ada keperluan
  • menyelesaikan perkara-oerakara yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah
  • menunaikan solat di Masjidil Haram, mengikuti program yang disusun oleh Maktab sekiranya bimbang dan tiada jaminan keselamatan jika berseorangan
  • Perlu menjaga adab dalam iddah, sentiasa bersama dengan perembuan yang thigah (boleh dipercayai).

📝 PDF
🔊 MP3

Taharah Istinjak, dan Wuduk

Rukun Wuduk

  • Niat
  • Basuh Muka
  • Basuh tangan hingga siku
  • Basuh kepala Basuh kaki hingga buku lali

Wuduk di Tanah Suci

  • Bersentuhan lelaki wanita halal nikah tidak batal wuduk sekiranya tanpa syahwat
  • Ini adalah pendapat marjuh dan ia digunakan di Tanah Suci kerana kesukaran dan hajat.
  • Boleh digunakan sepanjang Tanah Suci dan ketika kesukaran perjalanan seperti dalam pesawat ataupun bas.
  • Ini adalah keputusan Muzakaran Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-21 dan 22.

📝 PTPX
🔊 MP3

Solat Bahagian 1

  • Rukun Solat
  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Berdiri bagi yang mampu
  • Membaca surah Al Fatihah
  • Ruku’ dengan Tama’ninah
  • ‘Itidal dengan Tama’ninah
  • Sujud dengan Tama’ninah
  • Duduk antara 2 sujud dengan Tana’ninah
  • Duduk Tasyahdud Akhir
  • Membaca Tasyadud Akhir
  • Selawat atas nabi dalam tsyadud akhir
  • Memberi salam
  • Tertib

📝 PTPX
🔊 MP3

Solat Bahagian 2

Solat Qasar

Mengerjakan dua (2) rakaat sahaja bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak. Tidak bagi solat Magrib dan Subuh. Syarat-syarat:

  • hendaklah perjalanan itu diharuskan oleh syarak
  • jauh perjalanan tidak kurang daripada dua (20 marhalah (91 kilometer)).
  • berniat qasar dan takbiratul ihram.
  • tidak beriman dengan orang yang solat tamam
  • hendaklah solat qasar itu terdiri daripada solat yang empat (4) rakaat sahaja

Solat jamak

Menghimpunkan solat zohor dengan asar, maghrib dengan isyak. terbahagi 2:

  • Jamak Taqdim
    • Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor atau solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib
  • Jamak Ta’khir
    • Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak
    • Dibolehkan solat jamak di Arafah dan Mina kerana masyaqqah / hajat.

📝 PTPX
🔊 MP3

Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.